KISAH 1
Pada suatu hari, cuaca amat panas. Seekor burung
gagak hinggap berteduh di sepohon pokok yang rendang. Sang Gagak berasa terlalu
dahaga dan letih. Lantas Sang Gagak terbang ke sana ke sini untuk mencari air.
Tiba-tiba, Sang Gagak ternampak tompokan air. Sang Gagak terus mendekati air
itu. Malangnya air mulai kering. Sang Gagak berasa kecewa. Dalam keadaan yang
dahaga itu, Sang Gagak ternampak sebuah botol yang berisi air. Sayangnya paruh
gagak itu tidak dapat mencapai air kerana mulut botol air itu terlalu kecil.
Dia berfikir mahu
membaringkan botol itu tetapi Sang Gagak khuatir air yang hanya tinggal sedikit
akan tumpah. Sang Gagak tetap berusaha dan berfikir. Tiba-tiba sebiji buah yang
kecil terjatuh dari pokok di atas botol itu terus masuk ke dalam kendi. Sang Gagak
mendapati air di dalam botol itu semakin menaik. Sang Gagak mendapat satu akal.
Di sekitar tempat itu Sang Gagak terlihat batu-batu kecil. Dengan sabarnya,
gagak itu memasukkan batu-batu kecil itu seketul demi seketul ke dalam botol
air itu. Akhirnya, air di dalam botol itu naik ke permukaan. Alangkah
gembiranya Sang Gagak kerana dapat menikmati air sepuas-puasnya.
KISAH 2
Pada
suatu petang, Sang Semut berjalan-jalan lalu menjumpai beberapa keping kek dan
berusaha mengangkat kek tersebut untuk dibawa pulang ke sarang. Namun, Sang
Semut tidak berupaya mengangkat kepingan kek tersebut sehingga Sang Semut berputus asa. Tiba-tiba, seekor semut betina
melintasi kawasan tersebut dan melihat keadaan Sang Semut yang kepenatan. Semut
betina yang baik hati cuba membantu Sang Semut mengangkat kek tersebut namun
usaha mereka tetap tidak membuahkan hasil.
Kemudian,
semut betina itu memanggil rakan-rakan mereka yang lain. Tidak lama kemudian,
kawan-kawan mereka tiba lalu bersama-sama membantu Sang Semut untuk mengangkat
kepingan kek tersebut lalu dibawa pulang ke sarang mereka. Akhirnya, mereka
dapat menikmati kek tersebut bersama-sama.
Cerita ini mengisahkan Seekor Singa sedang tidur
dengan lelap di dalam hutan, dengan kepalanya yang besar bersandar pada telapak
kakinya. Seekor tikus kecil secara tidak sengaja berjalan berdekatan dengannya,
dan setelah tikus itu sedar bahawa dia berjalan di depan seekor singa yang
tertidur. Sang Tikus berasa takut dan berlari dengan cepat, tetapi kerana
terlalu takut Sang Tikus malah berlari di atas hidung Sang Singa yang sedang
tidur. Sang Singa terjaga dan dengan sangat marah menangkap makhluk kecil itu
dengan cakarnya yang sangat besar. "Maafkan saya!" kata sang Tikus.
"Tolong lepaskan saya dan suatu saat nanti saya akan membalas kebaikanmu."
Singa ketawa dan berasa lucu saat berfikir bahawa tidak makhluk kecil
sepertinya akan menolong aku yang kuat dan besar ini. ho..ho..ho.. aummmmm...!
Tetapi dengan baik hati, akhirnya singa tersebut melepaskan tikus kecil itu.
Apabila melihat tikus kecil itu menangis. "Baiklah, kali ini kau
kulepaskan. Lagipun dagingmu pasti tidak boleh mengenyangkan perutku.
Suatu hari, ketika Sang Singa mengejar mangsanya di
dalam hutan, Sang Singa terjerat oleh jala yang ditebarkan oleh pemburu dan
tidak dapat membebaskan dirinya sendiri. Sang Singa mengaum, "Auummmmm....
aduuuuhhh... tolooong...tolooong." "Aku terkena perangkap pemburu...
tolooong, auuummmm." Saat itu Sang Tikus yang pernah dilepaskan oleh Sang
Singa mendengar ngauman itu dan dengan cepat menuju ke arah Sang Singa terjerat
pada jala. Sang Tikus kemudian menjumpai Sang Singa yang meronta-ronta berusaha
membebaskan diri dari jala yang menjeratnya. "Jangan risau singa, aku
datang menolongmu...!" Teriak tikus pada singa. Tikus segera melompat
masuk ke dalam lubang perangkap. Satu demi satu tali perangkap yang mengikat
singa digigit hingga putus. Akhirnya singa bebas lalu segara melompat keluar
dari lubang perangkap. "Terima kasih tikus, kalau tidak ada kamu, pasti
aku sudah ditangkap pemburu itu. Dan,Sang Tikus berkata "Kamu ketawa ketika
saya berkata akan membalas perbuatan baikmu". "Sekarang kamu lihat
walaupun kecil, seekor tikus dapat juga menolong seekor singa.". Sejak itu
Singa dan Tikus bersahabat dan selalu bermain bersama-sama.
KISAH 4
No comments:
Post a Comment